NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.
OBJEKTIF
- Dapat menyemai minat membaca di kalangan pelajar
- Dapat memperbanyakkan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan pelajar
- Dapat memupuk persaingan dalam konteks membaca bagi mencapai kecemerlangan
- Dapat mewujudkan sudut bacaan di tempat yang sesuai di kawasan sekolah
- Dapat mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi pendidikan, agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela.
3 ELEMEN PROGRAM NILAM
REKOD MEMBACA
Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM
PENGESAHAN PEMBACAAN
Guru kelas mengesahkan rekod bacaan murid
PENGIKTIRAFAN
Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca.
Program NILAM mempunyai 2 tahap iaitu
TAHAP JAUHARI dan TAHAP RAKAN PEMBACA
TAHAP JAUHARI
♣ Semua pelajar Tingkatan 1-5 terlibat dalam program ini.
♣ Pelajar boleh meminjam buku PSS atau dari sumber lain untuk aktiviti galakan membaca.
GANJARAN / PENGIKTIRAFAN
♣ Pelajar diberi ganjaran berdasarkan bilangan bahan yang dibaca seperti di dalam jadual berikut
Jumlah Bacaan / Buku | Pengiktirafan |
72 - 143 | GANGSA |
144 - 215 | PERAK |
216 - 287 | EMAS |
288 ke atas | NILAM |
TAHAP RAKAN PEMBACA
♣ Pelajar layak memasuki tahap ini setelah membaca 100 buah buku. Sungguhpun begitu aktiviti
Tahap Jauhari masih diteruskan.
Tahap Jauhari masih diteruskan.
GANJARAN / PENGIKTIRAFAN
♣ Ganjaran akan diberi kepada pelajar yang telah melaksanakan beberapa aktiviti Rakan
Pembaca seperti bercerita, membaca bersama, bicara buku dan meminjamkan buku.
Pembaca seperti bercerita, membaca bersama, bicara buku dan meminjamkan buku.
Markah | Pengiktirafan |
100 - 199 | GANGSA |
200 - 299 | PERAK |
300 - 399 | EMAS |
400 KE ATAS | NILAM |