Pada tanggal 4 MEI 2016 bersamaan hari Rabu 27 Rejab 1437 hijrah, Pasukan Blog PSS SMK Seri Tanjong berjaya mara ke peringkat akhir Pertandingan membina laman Blog NILAM bersama 9 buah sekolah yang lain di SMK Dato Haji Talib Karim. Pasukan Blog SMK Seri Tanjong di wakili oleh tiga orang pelajar iaitu saudari AFIQAH QISTINA BINTI AZRUL, saudari SITI KAMARIAH BINTI ISMAIL
saudari LEE PEI YIN dan seorang guru pengiring iaitu Puan Siti Nordiana binti Muhd Maidin.
Antara objektif pertandingan ini dijalan kan ialah menanam minat terhadap perpustakaan sekolah melalui rekacipta yang menarik lagi berinfomasi berkaitan dengan NILAM. Selain itu, mempromosikan kepentingan pembangunan dan penyebaran tentang NILAM perpustakaan sekolah selaras dengan inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membentuk masyarakat Malaysia minda kelas pertama.
Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pasukan blog ini bagi meraih tempat di pertandingan tersebut. Pasukan blog juga menerima bantuan dari segi teknikal dari salah seorang guru ICT SMK Seri Tanjong iaitu Puan Farawati binti Mustaffar. Pasukan blog juga mendapat sokongan yang padu dari warga SERI bukan sahaja guru-guru malahan murid-murid dan staf bagi meraih tempat di pertandingan tersebut.
Berkat kesabaran dan kegigihan ahli kumpulan, pasukan blog NILAM SMK Seri Tanjong berjaya mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah di ucapkan. SERI HEBAT!

SEBELUM BEGERAK KE TEMPAT PERTANDINGAN |
KETIKA MENANTI GILIRAN UNTUK PEMBENTANGAN BLOG. |
SESI PENJURIAN SEDANG DIJALANKAN. |
KEPUTUSAN PENUH.
- SMK DATO HAJI TALIB KARIM.
- SMK SERI TANJONG MELAKA
- SMK TUN HAJI ABDUL MALEK
PERSEMBAHAN TERBAIK
- SMK SELANDAR
BLOG TERBAIK
- SMK DATO HAJI TALIB KARIM
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.