SELAMAT DATANG KE BLOG NILAM SMK SERI TANJONG. NILAM KE ARAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Thursday, 5 May 2016

Posted by PSS@SMKST
| 09:31:00
      Pada tanggal 4 MEI 2016 bersamaan hari Rabu 27 Rejab 1437 hijrah, Pasukan Blog PSS SMK Seri Tanjong berjaya mara ke peringkat akhir Pertandingan membina laman Blog NILAM bersama 9 buah sekolah yang lain di SMK Dato Haji Talib Karim. Pasukan Blog SMK Seri Tanjong di wakili oleh tiga orang pelajar iaitu saudari AFIQAH QISTINA BINTI AZRUL, saudari SITI KAMARIAH BINTI ISMAIL
saudari LEE PEI YIN dan seorang guru pengiring iaitu Puan Siti Nordiana binti Muhd Maidin.

    Antara objektif pertandingan ini dijalan kan ialah menanam minat terhadap perpustakaan sekolah melalui rekacipta yang menarik lagi berinfomasi berkaitan dengan NILAM. Selain itu, mempromosikan kepentingan pembangunan dan penyebaran tentang NILAM perpustakaan sekolah selaras dengan inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia bagi membentuk masyarakat Malaysia minda kelas pertama.

    Pelbagai usaha yang dilakukan oleh pasukan blog ini bagi meraih tempat di pertandingan tersebut. Pasukan blog juga menerima bantuan dari segi teknikal dari salah seorang guru ICT SMK Seri Tanjong iaitu Puan Farawati binti Mustaffar. Pasukan blog juga mendapat sokongan yang padu dari warga SERI bukan sahaja guru-guru malahan murid-murid dan staf bagi meraih tempat di pertandingan tersebut.

    Berkat kesabaran dan kegigihan ahli kumpulan, pasukan blog NILAM SMK Seri Tanjong berjaya mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah di ucapkan. SERI HEBAT!


SEBELUM BEGERAK KE TEMPAT PERTANDINGAN 



KETIKA MENANTI GILIRAN UNTUK PEMBENTANGAN BLOG.


SESI PENJURIAN SEDANG DIJALANKAN.
NAIB JOHAN NEGERI MELAKA.

KEPUTUSAN PENUH.

  1. SMK DATO HAJI TALIB KARIM.
  2. SMK SERI TANJONG MELAKA
  3. SMK TUN HAJI ABDUL MALEK

PERSEMBAHAN TERBAIK
  1. SMK SELANDAR
BLOG TERBAIK
  1. SMK DATO HAJI TALIB KARIM

   Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.



Monday, 25 April 2016

Posted by PSS@SMKST
| 09:00:00


Sambutan Hari Buku Sedunia peringkat SMKST telah diadakan pada 25 April 2016 (Isnin). Pihak perpustakaan telah mengadakan promosi khas sempena sambutan ini, iaitu sesiapa antara warga SERI yang meminjam buku pada waktu rehat akan menerima sebungkus coklat dan sebiji buah.

Sempena sambutan ini juga, Pertandingan Ulasan Novel peringkat sekolah telah diadakan untuk pelajar Tingkatan 4, 5 dan PPU. Dua orang pemenang akan dipilih mewakili sekolah untuk ke pertandingan di peringkat negeri.

Mengikut sejarahnya, Hari Buku Sedunia pertama kali telah disambut pada 23 April 1995. Hari Buku Sedunia ini diselenggarakan oleh Organisasi Pendidikan, Keilmuan, dan Kebudayaan PBB (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) atau UNESCO.

Hari Buku Sedunia diadakan adalah untuk menanam tabiat membaca, mempromosikan penerbitan dan hak cipta. 
PBB menetapkan World Book Day pada tarikh 23 April sebagai penghormatan kepada Valencia Vicente Clavel AndrĂ©s iaitu sebagai salah satu cara untuk menghormati penulis Miguel de Cervantes, yang meninggal dunia pada tarikh 23 April. 

Buku pertama kali dibuat pada tahun 1923 oleh penjual buku di Catalonia, Sepanyol.

Pada tahun 1995, UNESCO memutuskan bahawa tarikh 23 April diteteapkan sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Dunia, yang juga merupakan peringatan kematianWilliam Shakespeare, Inca Garcilaso de la Vega, serta kelahiran atau kematian beberapa penulis terkemuka yang lain.










Posted by PSS@SMKST
| 08:42:00
Program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT merupakan program kali ke-3 diadakan di seluruh Malaysia dan diadakan di peringkat SMK Seri Tanjong . Pada tahun 2016, program ini telah dilaksanakan pada 25 APRIL 2016, pada pukul 11.00 hingga 11.20 pagi. Program ini telah bermula dari tahun 2014. Ia merupakan langkah membentuk masyarakat ke arah memupuk minat membaca walaupun dalam tempoh yang singkat (10 minit). Ia adalah sebuah inisiatif membaca di bawah kelolaan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Se-Malaysia (MPAM), bersama-sama Kerajaan meningkatkan tabiat atau budaya membaca di kalangan masyarakat. Program ini dilaksanakan SECARA SERENTAK di seluruh negara mengikut cadangan tarikh yang ditetapkan oleh MAJLIS PENGARAH_PENGARAH PERPUSTAKAAN AWAM SE-MALAYSIA (MPAM) dengan konsep Berhenti Sebentar dan Membaca Bersama Selama 10 Minit.

OBJEKTIF PROGRAM
2.1 Sebagai usaha ke arah membudayakan inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan (school after school).

2.2 Mewujudkan sinergi yang cekap antara 14 perpustakaan awam negeri seluruh Malaysia dengan pihak Jabatan Pelajaran, jabatan dan agensi lain di peringkat negeri dan nasional dalam merangka proses pembelajaran sepanjang hayat yang holistik.

2.3 Melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama dan berkemahiran yang tinggi.











Saturday, 23 April 2016

Posted by PSS@SMKST
| 13:46:00
Majlis pelancaran Program NILAM ini memang merupakan acara tahunan yang wajib diadakan iaitu biasanya antara bulan Februari dan Mac pada setiap tahun. Pada tahun 2016 ini, majlis pelancarannya telah diadakan pada  1 Februari 2016 dan dirasmikan oleh Dr. Norida binti Berhan, Ketua Pengarah Jabatan Penyelidikan dan Penyelidikan dan Inovasi Pengajian Melayu, IPKKPPM


BROSUR



FOTO SEKITAR MAJLIS







Posted by PSS@SMKST
| 12:11:00

HALA TUJU SEKOLAH

Visi Sekolah
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi Sekolah
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Kebitaraan Sekolah
Subjek Sejarah , Sukan Petanq, Bicara Berirama
Slogan Sekolah
Usaha Jaya

Diharapkan warga Seri akan terus berusaha menuju kecemerlangan untuk berjaya
mencapai visi dan misi.

Friday, 22 April 2016

Posted by PSS@SMKST
| 08:11:00
Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca.
Program KM1M 2016 telah diadakan selama 3 hari iaitu 4 hingga 6 April 2016 dengan Tema “Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia“. Majlis pelancaran KM1M peringkat SMK Seri Tanjong telah diadakan pada 4 April 2016 di Dewan SERI yang telah dirasmikan oleh En. Sahak bin Zainal Abdeen (GPK Pentadbiran)yang mewakili puan pengetua.
Terdapat empat objektif program ini, iaitu mengisi masa lapang murid, menggerakkan program / aktiviti galakan membaca, memupuk minat membaca secara berterusan dan menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan serta memperkukuhkan kemahiran maklumat dalam kalangan murid.

MAJLIS PELANCARAN KM1M TAHUN 2016








AKTIVITI- AKTIVITI KM1M 2016

MELUKIS KULIT BUKU





PERTANDINGAN PUBLIC SPEAKING PPU



PERTANDINGAN DRAMA KOMSAS TINGKATAN 2



PROGRAM JOM BACA



KUIZ SPONTAN




Posted by PSS@SMKST
| 08:02:00

Bakat dan minat seseorang individu pelajar dalam penulisan karya harus dipupuk pada peringkat awal persekolahan lagi. Selain mendedahkan pelajar teknik yang betul dalam menghasilkan sesuatu karya penulisan kreatif, bengkel ini juga dapat memupuk minat membaca pelajar secara tidak langsung. Hal ini dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran holistik dan kreatif. Pelajar juga boleh mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah selain menjadikannya salah satu impian kerjaya pada masa akan datang.
            Sehubungan itu, pihak Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan program Bengkel Penulis Muda dengan menjemput seorang penulis muda yang berbakat iaitu Saudara Muhammad Hasif bin Mohd Jelani atau nama penanya "Hasif Hamsyari" untuk berkongsi segala ilmu penulisan dan pengalaman beliau dalam bidang ini. Program ini telah diadakan pada 24 Februari 2016 (Rabu), pada pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, di Dewan SERI.














FORUM

Buku Pelawat

NILAM SMK SERI TANJONG